Hari Terbuka Bersama Komuniti
15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 14 Julai 2018, Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Hari Terbuka bersama komuniti sekitar Kampung Gunung Keriang. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan dan program anjuran PI Gunung Hilir kepada masyarakat setempat disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf Pusat Internet dan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya Pertandingan Mewarna bagi pelajar tabika KEMAS, Demo Tudung Saji bersama tenaga pengajar KEMAS bagi golongan wanita, Pertandingan Video Pendek terbuka untuk peserta 18 tahun keatas, Pertandingan Melukis Henna terbuka kepada golongan wanita, Pertandingan Rekacipta ‘Recycle’ bahan buangan terbuka kepada umum serta pameran booth seperti usahawan dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), PTPTN dan Pusat Internet. Selain itu, terdapat juga pemeriksaan kesihatan secara percuma daripada pihak KOSPEN, Pameran Kenali Ubat Anda dan taklimat ‘Klik Dengan Bijak’ (Pusat Internet) serta taklimat dari Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia (CFM).
Program Hari Terbuka pada kali ini bertambah meriah dengan adanya cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir, pendaftaran program eKelas dan eRezeki. Hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga disediakan beserta sijil penyertaan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Encik Md Fakhruddin bin Jaffar mewakili kepada Encik Mohd Faizal Bin Azizan Ketua Pejabat MCMC Negeri Kedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: